Laman Utama
Ouch Senaknya! Aksi Atlet Lawan Pedang Jepun, Kaito Streets Kena Cucuk Celah Kangkang Cuit Hati Ramai
Pelbagai respon spontan yang pelik dan mencuit hati terjadi sepanjang temasya sukan berprestij Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung minggu ini.
Terbaharu, aksi atlet lawan pedang Jepun, Kaito Streets yang dicucuk pada bahagian celah kangkang pula mencuri tumpuan ramai.
Ketika perlawanan dengan atlet dari Amerika Syarikat, Eli Dershwitz, Streets secara tidak sengaja telah dicucuk pada bahagian tersebut hingga terduduk sambil memegang bahagian sensitif itu.
Dershwitz kemudiannya menghampiri Streets, cuba menenangkannya sambil menepuk-nepuk bahunya.
Aksinya itu turut dikongsikan sendiri Streets di akaun TikToknya dengan suntingan yang melucukan.
"Apabila kamu berjaya ke Olimpik dan dipukul di ... Tapi jangan bimbang saya okey," tulis Streets.
undefined
Kongsi Streets lagi, insiden tidak disengajakan itu mengundang tawanya dan pihak lawan sejurus selepas perlawanan.
"Dia (Dershwitz) itu kawan baik saya juga. Saya tahu itu tidak disengajakan. Tak ada hard feelings pun.
"Lepas perlawanan kami sama-sama bergelak sakan," ceritanya lagi kepada pengikut akaun Tik Toknya.
Sehingga kini, video TikTok Streets telah ditonton lebih 4 juta kali oleh pelayar media sosial.
Sepertimana ramai sedia maklum, bagi disiplin sabre sukan lawan pedang, pihak lawan akan mendapat markah sekiranya sentuhan dibuat pada lame (jaket) atau topeng muka.
Pukulan pada celah kangkang itu bagaimanapun memberikan markah kepadanya apabila Dershwitz lari target. Namun, kemenangan tetap berpihak pada pasukan Amerika Syarikat dengan markah akhir 9-15.
Streets yang berusia 27 tahun pertama kali menyertai Olimpik dan mula mewakili pasukan Jepun sejak empat tahun lalu.
Lulusan Pengurusan Perniagaan dari Pennsylvania State University itu fasih berbahasa Jepun dan disifatkan netizen antara atlet terkacak pasukan itu yang bertanding dalam Olimpik kali ini.
Jom tengok gambar-gambar mempesonakan Kaito Streets ni!