Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Oyen Curi Tumpuan Di Zoo Negara, Ini 5 Perangai Kucing Warna Oren Yang Korang Perlu Tahu!

Amri Hassan 10/08/2023 | 12:46 MYT

Kehadiran Oyen, kucing berwarna oren yang tular bersahabat naik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara hingga lebih 3,000 orang pada hujung minggu!

Perilaku Oyen yang merupakan kucing buangan yang tidur dan memeluk capybara di Zoo Negara telah tular sebelum ini sebelum pihak pengurusan meletakkan papan tanda unik melabelkan Oyen dan Capybara.
Tapi, tahukah korang, kucing berwarna oren punyai perangai tersendiri yang berbeza dengan kucing berwarna lain. Ada yang kata Oyen kucing nakal, betulkah?
1. Oyen atau ginger tabby mengikut nisbah kebiasaannya kucing jantan. Maka, tak hairanlah Oyen sangat ligat, nakal dan ada saja idea untuk kacau pemiliknya.
2. Oyen jantan lebih lantang dan aktif manakala Oyen betina lebih tenang dan jarang bersuara.
3. Sesuai dengan maskot kartun Garfield, Oyen hobinya memang suka makan dan mereka lebih terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk diabetes, kanser dan kerosakan sendi.
4. Kebiasaannya kucing sangat dikenali dengan sikap aktif tetapi tidak kepada Oyen. Faktanya, ia sejenis kucing yang malas dan lebih gemar tidur daripada bermain.
5. Daripada penyayang dan suka menyendiri, Oyen juga lebih ramah dengan orang asing selain lebih suka bermain seorang diri.
6. Oyen biasanya punyai perwatakan berani, sebahagian besar tidak takut haiwan lain dan tidak punyai masalah untuk berkongsi kediaman dengan haiwan lain.

#Viral #Kucing #Trivia #Zoo Negara #Fakta #Oyen #Oren #Capybara
;