Hiburan

Ozil Kahwin Ratu Cantik, Presiden Turki Jadi Pengapit

Azwa Rahman
09/06/2019
18:47 MYT
Sponsor Banner
Ozil Kahwin Ratu Cantik, Presiden Turki Jadi Pengapit
Pemain kelab Arsenal, Mezut Ozil memilih bekas ratu cantik Turki, Amine Gulse sebagai isterinya.
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan yang serba mewah di hotel Four Season Bosphorus, Istanbul pada Sabtu lalu.
A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on
Istimewanya lagi apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak sebagai pengapitnya.
Erdogan dan isteri, Emine dilihat berdiri di sisi kedua mempelai semasa upacara membaca ikrar berlangsung.
Pemain berusia 30 tahun yang turut berdarah kacukan Turki itu sebelum ini telah membuat pengumuman sekitar bulan Mac yang meminta pemimpi utama Turki itu untuk menjadi pengapitnya.
Pemimpin utama Turki itu tiba awal pagi Jumaat di lokasi perkahwinan bagi menyaksikan pemain tengah itu mengahwini tunangnya.
Sebelum ini, Erdogan sering dilihat memenuhi undangan menghadiri perkahwinan terutamanya selebriti-selebriti di Turki.
Kehadirannya pada majlis Ozil itu sekaligus memberinya peluang untuk berkempen sempena pilihan raya tempatan sesi kedua yang bakal berlangsung pada 23 Jun nanti.
Terdahulu, Ozil mencetuskan kontroversi apabila dilihat bergambar bersama Erdogan sekaligus menimbulkan spekulasi kesetiaannya kepada Jerman ketika kempen Piala Dunia 2018.
Ozil menjalinkan hubungan dengan Gulse sejak tahun 2017 dan bertunang tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar