Laman Utama
"Pada Sek Demo Yang Masih Ada Ibu, Hargai & Luangkan Masa .." - Issey Fazlisham
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham berpesan orang ramai agar sentiasa menghargai peluang yang masih ada bersama ibu tercinta.
BACA: "Datanglah Bidadari Cantik Mana Pun, Tak Boleh Lawan Senyuman Ni" - Issey Kongsi Foto Terakhir Ibu
Berkongsi ucapan sayunya sempena sambutan hari ibu pada Ahad, kata Issey, gambar yang dirakamkan bersama arwah ibunya, Asiah Haron, 62, itu merupakan momen terakhir sebelum Allahyarham pergi buat selama-lamanya.
"Hari Raya dan Hari Ibu. Ini gambar raya terakhir Ma tahun 2019.
"Masa tu ingat lagi, Ma nak sangat pergi ziarah rumah saudara mara dia. Sedangkan masa tu dia dah uzur. Kami anak anak pun pelik. Rupanya beberapa bulan selema tu Ma pergi. Itulah raya terakhir dia.
"Pada sek demo yang masih ada ibu, haragai ibu dan luangkan masa dengan selalu dengan ibu anda deh. Selamat Hari Ibu," pesan Issey.
Untuk rekod, arwah ibu Issey telah meninggal dunia pada Julai 2019 akibat serangan jantung.
#Viral
#Meninggal Dunia
#Belasungkawa
#Hari Ibu
#Ibu
#Issey Fazlisham
#Arwah
#Serangan Jantung
#Ucapan