Viral
Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut
Gara-gara mahu meraih populariti di sosial media, seorang lelaki di India maut selepas digigit seekor ular tedung.
Mangsa yang dikenali sebagai Shivraj itu dikhabarkan telah cuba memasukkan ular tedung tersebut di dalam mulutnya.
Menurut sumber tempatan, Shivraj dan bapanya mencari rezeki dengan menangkap serta membunuh ular.
Namun pada hari kejadian Shivraj telah menggunakan haiwan berbisa yang ditangkapnya itu untuk membuat ‘content’ bagi meraih populariti di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam
ARTIKEL BERKAITAN: Pelik Tapi Benar! Ular Pun Mandi Guna Syampu
Menerusi rakaman yang tersebar, Shivraj dilihat mengusap rambutnya manakala ular tedung itu kelihatan cuba untuk melarikan diri.
Tetapi malang tidak berbau, apabila Shivraj telah digigit ular tersebut dan mengakibatkan kematiannya.
Kejadian tragis tersebut berlaku di kampung Desipet, daerah Kamareddy, Telangana, India.
Kejadian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai pengguna mengecam tindakan tersebut.
Bagi mereka, ramai yang tidak memikirkan nyawa sendiri dan ketagihan anak muda untuk menjadi popular di alam maya.
Sumber: NDTV