Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Padam Foto Veneer Palsu, Sheila Rusly Mempromosikan Perkhidmatan Pergigian Di Pusat Kecantikan?

Azwa Rahman 14/01/2021 | 12:30 MYT
Pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengundang kecaman wargamaya apabila didakwa menggunakan perkhidmatan dan mempromosikan perkhidmatan doktor gigi palsu.
Menerusi laman sosial Instagram, Sheila berkongsi beberapa keping foto melakukan veneer gigi sambil mempromosikan sebuah pusat kecantikan.
“Sis tetap senyum walaupun akan terkurung dua minggu. Adakah ini dugaan atau kepentingan?” tulis Sheila sebagai kapsyen.
Walaubagaimana pun, foto yang dimuatnaik pada Selasa itu telah dipadam sebentar tadi, Khamis (14/1/2021) apabila ramai wargamaya meninggalkan komen berbentuk nasihat serta kecaman.
Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, ada beberapa pengamal perubatan yang sempat melakukan tangkapan skrin pada posting berkenaan dan menyebarkan keburukan melakukan veneer pada doktor gigi palsu.
Community dentist dikejutkan lagi dengan tindakan seorang selebriti mempromosi fake dentist. Ini bukan soal menutup periuk nasik. Ini soal membahayakan masyarakat! Tidakkah ia menjadi tanggung jawab sosial kita supaya ia dapat dielakkan? It takes a village to raise a kid,” komen seorang pengamal perubatan.
“Memang patut la industri perfileman malaysia rupa itu je. Jangan cakap nak drama medical setanding korea kalau director pun pergi buat fake veneer dekat “medispa” konon 6d diamond whitening. Promoting this to her 2.7m followers, macam mana lah kami ni tak letih,” kata seorang pengamal perubatan.
“Berkali-kali diberitahu mengenai fake veneer ni, saya risau capaian kesedaran ini tak cukup jauh. Dah lebih risau bila ada artis atau selebriti mempromosikan prosedur yang boleh membahayakan. Kulit putih melepak, gigi putih melepak. Putih bukan tanda aras kecantikan. Hati-hati,” ujar seorang pengamal perubatan.
“Macam mana nak tahu itu ialah fake veneer? paling senang identify with color. Kalau putih melepak sangat tu tak betul. Paling putih mungkin boleh pergi setakat warna off white sahaja sebab natural gigi kita kekuningan sikit disebabkan pantulan warna lapisan kuning dalamnya (dentin),” tulis seorang pengamal perubatan.
“Kalau artist pun promote fake veneers by beautician. Nak cakap macam mana lagi ye? Bukan apa, boleh dapat treatment thousand times better than this. Fake veneers bahaya untuk kesihatan mulut. Nak cakap tak cukup bajet, tak jugak? Artis kot,” komen seorang pengamal perubatan lagi.
#Sheila Rusly #Doktor gigi #Veneer palsu
;