Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Padam Video Sebab Masalah Teknikal” - Agensi Nafi Dakwaan Netizen, Yoo Eun Hye & Kim Jong Kook Tak Bercintalah!

Mya Amri 20/05/2022 | 07:55 MYT
Agensi pelakon Yoo Eun Hye tampil memberikan penjelasan berikutan dakwaan netizen yang mengatakan aktres itu bercinta dengan anggota Running Man, Kim Jong Kook di masa lalu.

Isu itu mula hangat diperkatakan selepas satu video tular yang dimuat naik Eun Hye menerusi saluran YouTube miliknya telah dipadamkan.

Video tersebut merakamkan Eun Hye bercerita mengenai kisah cintanya di masa lalu bersama bekas teman lelakinya.

Rata-rata netizen yang sempat menonton video tersebut mengatakan kisah pelakon cantik itu mempunyai persamaan dengan pengalaman cinta Jong Kook.

Bagaimanapun agensi Eun Hye tampil menjelaskan perkara itu dan menafikan dakwaan netizen.

“Video yang telah dipadamkan itu tidak ada kena mengena langsung dengan Kim Jong Kook. Berkenaan dengan video YouTube yang hangat diperkatakan itu, sebenarnya terdapat beberapa masalah teknikal.

“Disebabkan kami telah memuat naik video baharu setiap minggu selama lebih setahun, maka kami memutuskan bahawa kami memerlukan tempoh berehat, jadi kami sedang dalam proses menyemak semula [video] dan bersedia untuk Musim 2.

“Video itu tidak ada kaitan langsung dengan isu yang dihadapi, malah sebelum video itu muncul, terdapat masalah dengan tarikh muat naik dan masalah dalaman.

“Video itu telah dimuat naik tetapi video itu sendiri mempunyai masalah, jadi kami mengambil keputusan untuk memadamkannya terlebih dahulu.

Jadi ketiadaan video itu bukanlah kerana artikel mengenai hubungan masa lalu mereka sebaliknya hanya satu kebetulan,” jelas agensinya.

Terdahulu, Eun Hye dan Jong Kook mula dikenali sebagai pasangan couple on screen sejak tahun 2003 menerusi program variety popular SBS berjudul X-Man.

#Kim Jong Kook #Artis Korea #Yoo Eun Hye
;