Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Paderi Penipu, Kutip Derma RM2.8 Juta Buat Sedut Lemak & Bayar Yuran Gym

Maliah Surip 29/08/2024 | 18:25 MYT
Seorang lelaki berjaya memperdaya ramai orang dengan mengaku dirinya seorang paderi dan juga doktor yang memiliki klinik serta menjalakan misi bantuan di Lubnan hanya dengan meminta derma melalui kiriman emel.
Hasil penipuan yang dilakukan, Pawel Bielecki yang memperkenalkan dirinya sebagai Father Paul memperoleh sekurangnya RM2.8 juta yang digunakan untuk keperluan peribadi.
Dia malah berjaya memperdaya ramai mangsa dengan menggunakan status paderi sepanjang lapan tahun lalu sebelum ditangkap dan didakwa dengan 17 kes penipuan.
“Bielecki telah mengeskploitasi posisi sebagai paderi untuk meraih kepercayaan mangsa dari pelbagai negara dan mengambil duit mereka begitu sahaja,” ujar wakil pihak penguasa dari Amerika Syarikat seperti dilaporkan NYPost.
Menurut fakta kes, Bielecki pernah mendakwa dirinya mahu membeli ambulans dan berada di Lebnon.
Ironi lelaki tersebut tidak pernah meninggalkan AS dari Disember 2019 hingga April 2022.
Dia juga menjalani kehidupan mewah dengan makan di restoran mahal serta mencicip kopi antaranya di Manhattan.
Selain itu pihak berkuasa membongkar pengaliran wang yang diperoleh hasil derma orang ramai di atas organisasi St. Francis in Beirut Inc. yang dipindahkan kepada bank peribadi miliknya serta dua kad kredit.
Ia antaranya digunakan untuk membayar yuran bulanan gym dan sedut lemak yang berharga RM65,000.
#Viral #Derma #Penipu #Gim #Paderi #Lemak
;