Laman Utama
Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang Selama Tiga Hari
Pahang akan mula mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negeri ini selama tiga hari berturut-turut mulai esok susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Setiausaha Kerajaàn Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, ia menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Bendera Negeri Pahang hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berturut-turut mulai esok, 10.9.2022, bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Queen Elizabeth II," katanya.
Ratu Elizabeth II yang menjadi pemerintah monarki di Britain selama 70 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada hari Khamis.
Serentak pengumuman berkenaan, bendera di UK dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.
Difahamkan seluruh negara itu akan berkabung selama 10 hari sebagai penghormatan terakhir buat baginda.
Ratu Elizabeth II memegang takhta sejak tahun 1952 pada usia 25 tahun selepas era Perang Dunia Kedua berakhir.
Putera Charles, 73, iaitu Putera Wales secara rasmi ditabalkan menjadi Raja England.
Sumber: MalaysiaGazette