Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pakai Baju Kedut, Katrina Kaif Dikritik Pereka Fesyen India

Fiza Kamarudin 02/02/2017 | 12:27 MYT
Pelakon Bollywood, Katrina Kaif telah dikritik hebat oleh pereka fesyen India kerana tampil mengayakan baju berkedut ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini.
"Pakaian yang digayakan oleh Katrina ketika menghadi sesbuah majlis baru-baru ini telah mendapat banyak kritikan daripada orang ramai.
"Dia mengayakan sebuah baju satin berwarna keemasan yang berkedut dan mengenakan tali pinggang.
"Namun penampilannya kali ini dilihat gagal dan tidak menyerlah seperti sebelum - sebelum ini yang sering dinantikan.
"Akibat daripada itu, Katrina telah mendapat pelbagai kritikan dari pada orang ramai dan pereka fesyen dari India," kata sumber.
Namun, ada juga yang beranggapan bahawa jika Katrina mengayakan gaun yang berlainan berkemungkinan dia akan kelihatan lebih menawan.
#Bollywood #Katrina Kaif
;