Hiburan
Pakai Cekak Telinga Arnab, Sandara Park Nampak Comel Di Majlis Hari Jadinya
Bekas anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park menyatakan rasa terharu apabila rakan-rakannya mengadakan majlis kejutan hari lahirnya yang ke 33.
Majlis yang diadakan di Manila, Filipina pada Ahad itu hanya dihadiri oleh teman rapat Sandara atau lebih mesra dengan panggilan Dara.
Malah Dara juga turut berkongsi kegembiraannya bersama peminat dengan memuat naik beberapa foto sekitar majlis hari jadinya itu di akaun Instagramnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelannya yang memakai cekak arnab berwarna kelabu.
Selain itu mereka juga tidak ketinggalan mengucap selamat hari jadi dan berharap agar idola kesayangan mereka ini menjalani kehidupan yang bahagia.
Berikut merupakan antara foto-foto yang dikongsi oleh Dara untuk tatapan peminat:
A post shared by Sandara Park (@daraxxi) on
A post shared by Sandara Park (@daraxxi) on
Must-Watch Video