Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pakai Jubah Putih, Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Heliza Helmi - “Dari Cara Berjalan Dah Tahu..”

Azwa Rahman 24/06/2022 | 04:39 MYT

Penampilan terkini selebriti dan aktivis kemanusian Datin Seri Heliza Helmi mencuri perhatian apabila wargamaya mendakwa dia seperti sedang berbadan dua.

Menurut wargamaya, ‘Baby bump’ dikesan pada perut Heliza menerusi satu sesi fotografi produk yang dikongsi di laman Instagram dia dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Dalam perkongsian video tersebut, Heliza mengenakan jubah dan tudung berona putih sambil memegang produk tersebut di sebelah suaminya.

A post shared by Mahadi BZ | President AUF?MBZ (@mahadibz)

Sementara itu di ruangan komen, ia dipenuhi dengan spekulasi daripada peminat yang cukup gembira melihat perut Heliza semakin ke depan.
“Nampak Heliza macam pregnant,” komen seorang wargamaya.
“Wahh nampak baby bump,” ujar seorang wargamaya.
“Cute, nampak baby bump tu,” tulis seorang wargamaya.
“Tak kan lah buncit macam tu kot, pregnant ni,” teka seorang wargamaya.
“Saya nampak baby bump. Cara berjalan pun tahu dah pregnant,” ujar seorang wargamaya.
“Nampak dah perut baby bump kak jah,” tegur seorang wargamaya lagi.
Walau bagaimanapun, pasangan ini masih belum memberikan sebarang komen balas berhubung dakwaan bakal menerima kehadiran cahaya mata.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 400,000 tontonan dariapada wargamaya.
Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi selamat bernikah dengan Mahadi yang juga seorang ahli perniagaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari lalu.
#Heliza Helmi #Baby Bump #Heliza hamil?
;