Laman Utama

“Pakai PPE & Berada Di Pusat Kuarantin Sebab Kerja, Bukan Positif Covid-19” – Shafiq Farhain

Fiza Kamarudin
06/07/2021
02:52 MYT
Sponsor Banner
“Pakai PPE & Berada Di Pusat Kuarantin Sebab Kerja, Bukan Positif Covid-19” – Shafiq Farhain
Penyanyi Shafiq Farhain tampil menjelaskan salah faham netizen yang menyangka dia positif Covid-19 gara-gara berada di Pusat Kuarantin MAEPS dengan memakai baju hospital.
Syafiq berkata dia berada di pusat kuarantin Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) kerana bertugas.
"Saya berada di Maeps bukan sebab jalani kuarantin tapi atas tugasan kerja. Hari ini (semalam) adalah hari pertama saya bertugas bersama lima lagi anggota bomba.
"Kami ditugaskan untuk melakukan sanitasi kenderaan yang membawa pesakit Covid-19. Jadi hari ini, saya bertugas 24 jam dari jam 9 pagi hingga 9 pagi, esok.
"Setakat ini tidak banyak kenderaan yang masuk tapi mungkin pada sebelah petang nanti baru banyak. Saya difahamkan dalam sehari ada 100 hingga 200 kenderaan bawa pesakit Covid-19," katanya.
Terdahulu, penyanyi yang juga anggota bomba di Balai Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya berkongsi video berada di pusat kuarantin Maeps menerusi laman Instagram Story.
Sebelum ini, Syafiq pernah disahkan positif Covid-19 pada Februari lalu selepas mengalami rasa tidak sihat badan dan mengambil keputusan melakukan ujian saringan.
Dalam pada itu menurut Syafiq, dia sentiasa berhati-hati dan melakukan persediaan rapi kerana berada di tempat berisiko tinggi.
"Memang risiko besar sebab kami terdedah sangat dengan virus Covid-19. Kami kena sanitasi setiap ambulans, bas atau apa saja kenderaan yang bawa pesakit Covid-19.
"Jadi kami memang kena lebih berhati-hati supaya tidak dijangkiti. Tapi paling risau kalau kita yang jadi pembawa virus itu.
"Walaupun sudah pakai baju pelindung diri (PPE) dan dan ikut prosedur operasi standard (SOP), tapi kemungkinan untuk dijangkiti itu masih ada.
"Lagipun nak pakai baju PPE ada caranya dan nak buang baju itu pun kena ikut langkah yang betul," katanya.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar