Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Pakai Stokin Bukan Paksaan Atau Mahu Ikut Orang" - Neelofa

Zulaikha Yusof 06/10/2020 | 07:16 MYT
Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjelaskan tindakannya mengenakan stokin dalam berpakaian datang dari dirinya sendiri.
Kata Neelofa, 31, itu adalah pilihan yang dipilih bukan disebabkan paksaan dari mana-mana pihak.
"Mengenai aurat kaki... ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan.
"Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.
"Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, bekas hos MeleTop berharap agar Allah kukuhkan imannya untuk terus kekal beristiqomah.
Malah, dia juga bersyukur kerana cara pemakaiannya menjadi contoh kepada wanita lain di luar sana.
"Macam dulu. kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqomah.
"Malah saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah.
"Kalau ada orang nak cakap sebaliknya, itu terpulang mereka," katanya lagi.
BACA: “Alhamdulillah, Lofa Dah Pakai Stokin” - Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki, Tetap Stailo!
#Neelofa #Istiqomah #Stokin
;