Pakar Psikologi Ini Dedah Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Alami ‘Work-Life Balance’ Yang Teruk
Bayaran gaji rendah sehingga sanggup bekerja lebih masa demi meraih pendapatan tinggi menjadi faktor utama rakyat di Malaysia mempunyai keseimbangan hidup dan kerja yang teruk.
Pendapatan & Gaji Lebih Tinggi
Pakar psikologi pekerjaan dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Mohd Awang Idris berkata, ia berkait rapat dengan ekonomi di mana negara pengeluar secara umumnya mempunyai pendapatan dan gaji lebih tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN: Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat
ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Hebat Sebab Guna Gambar Double Meaning, Syarikat Neelofa Mohon Maaf
Menurutnya, kadar gaji bagi negara tersebut mampu menampung keperluan hidup walaupun tempoh kerja mereka singkat.
“Di negara yang ekonominya teruk, risiko untuk dibuang kerja tinggi, manakala peluang pekerjaan pula rendah. Jadi, hanya yang sanggup kerja berlebihan sahaja dianggap memenuhi kriteria majikan.
“Malah dalam budaya kerja di Malaysia, terdapat pandangan prejudis sesetengah pihak dianggap seperti tidak bekerja bersungguh-sungguh jika balik kerja pada waktu yang ditetapkan.
“Tetapi di Barat, mereka akan pulang tepat pada masanya tanpa rasa prejudis majikan malah ia sesuatu yang normal,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Sebelum ini, Malaysia dilaporkan berada di kedudukan kedua terburuk di dunia berkaitan keseimbangan hidup dan kerja dari 60 negara.
Menerusi kajian terkini sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global, Remote mendedahkan Malaysia menjadi negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.
Polisi Keseimbangan Hidup & Kerja
Mengulas lanjut, Awang berkata, polisi keseimbangan hidup dan kerja sememangnya diamalkan oleh sesetengah negara seperti Jerman yang mana majikan tidak boleh menghubungi pekerja setelah tamat waktu bekerja.
“Budaya kerja kita pula ialah ketua ditaati sepanjang masa dan kita pula bersifat kasihan jika ada orang meminta melakukan sesuatu tugasan biarpun di luar waktu kerja.
“Kita perlu ada polisi keseimbangan ini sendiri dan anggap rumah serta kerja adalah dua domain yang sama-sama penting kerana jika kerja berantakan, keluarga turut terancam. Begitu juga sebaliknya.
“Keseimbangan ini wajar kerana kedua-duanya mempunyai hubung kait dengan produktiviti dan kesihatan.
“Jika terlebih kerja pun atau keluarga terganggu, ia menyebabkan pekerja tidak fokus dengan kerja,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Budaya ‘Work Life Balance’, Malaysia Berada Di Tangga Kedua Terburuk Dunia