Laman Utama
Pakar Ular, Aji Rachmat Meninggal Dunia Dipatuk King Cobra Sewaktu Sesi Latihan
Ketua sebuah persatuan pengendali ular, Aji Rachmat Purwanto yang dipatuk haiwan berbisa itu sewaktu sesi latihan disahkan meninggalkan dunia.
Difahamkan kejadian yang berlaku di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selantan itu menyebabkan Aji menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut kenyataan akhbar persatuan itu, pada 12 Februari lalu, Aji sedang mengendalikan seekor ular tedung selar semasa sesi latihan namun tiba-tiba dipatuk reptilia itu.
Terdahulu, Oktober tahun lalu seorang lagi pakar ular dari wilayah Jawa Timur maut selepas dipatuk ular tedung selar peliharaannya.
Untuk info, Aji Rachmat Purwanto merupakan pengasas bersama dan Ketua Yayasan Ular Indonesia Sioux.
Yayasan itu ditubuhkan untuk menyelamatkan ular serta menyediakan latihan kendalian ular.