Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Paling Sakit Bila Kena Reject Sebab Kulit" - Sissy Imann Kongsi Pengalaman Hadapi Masalah Jerawat

Asraf Aided 26/11/2021 | 08:07 MYT

Penyanyi Sissy Imann mengimbas kembali tempoh kulit wajahnya mengalami masalah jerawat pada sekitar tahun 2019 hingga ke pertengahan tahun ini.

Kongsi Sissy, dia pernah tidak diterima hanya disebabkan kulit wajahya yang tidak cantik.

Malahan lebih teruk apabila ada pihak yang menyangka dia tidak menjaga kebersihan kulit dengan betul sedangkan pelbagai langkah dan usaha telah dilakukan.

"Saya rasa ramai dah tahu, beberapa tahun lalu pada tahun 2019, saya ada kongsi video saya menangis sebab kulit teruk.

"Ianya tak jadi makin baik, malah lebih teruk setahun selepas itu hinggalah pertengahan tahun ini.

"Benda paling sakit sebenarnya apabila kita kena reject sebab kulit, dah berapa kali hati ini macam disiat bila orang ingat kita tak buat apa-apa untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar saja kulit begitu.

"Hakikatnya dah berapa banyak duit, berapa banyak produk kita campak dalam tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita," coretnya di Instagram.

Kata Sissy, keadaan kulit wajahnya ketika itu tidak dapat disorok meskipun sudah memakai solekan bedak asas kerana bonjolan jerawat masih kelihatan.

Bagaimanapun, kulit wajah Sissy kini kembali pulih dan sihat. Namun begitu, dia sendiri tidak tahu jika terdapat kemungkinan jerawat seperti dahulu akan 'menyerang' kembali.

"Saya dah laluinya, kulit dah makin elok sekarang, tapi tak tahulah kalau kembali ke keadaan lama, doakan tidak, sebab perit guys," kongsinya lagi.

Justeru, Sissy menasihati sesiapa yang mengalami nasib serupa untuk terus bersemangat dan tidak menjadikan masalah kulit wajah sebagai satu hal yang menjatuhkan semangat.

"Sissy nak bagitau korang, macam manapun keadaan kulit korang, korang tetap bintang, bukan buntu," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Sissy meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat untuknya.

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

#Penyanyi #Sissy Imann #Masalah Kulit
;