Panas Isu Keganasan Rumah Tangga, Mimi Lana Tak Takut Berkahwin - “Saya Doakan Jika Kahwin Nanti Allah Permudahkan”
Wanita Perlu Bersuara
Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaian Zainal Abidin, dia sama sekali tidak bersetuju dengan sikap lelaki yang naik tangan kepada wanita.
“Tapi kalau dah sampai memudaratkan diri kita sendiri, kita perlu bersuara. Jangan takut untuk bersuara sebab takut melibatkan nyawa.
“Saya tak setuju dan tak boleh terima, setiap perempuan yang berhadapan dengan masalah itu perlu bersuara dan berkongsi,” ujarnya kepada Gempak.
Tak Takut Berkahwin
Ujar Mimi lagi, dia juga tidak berasa takut untuk mendirikan rumah tangga biarpun kini hangat dengan pelbagai kes keganasan dalam rumah tangga membabitkan selebriti tanah air.
“Insya-Allah saya doakan mudah-mudahan jika saya berkahwin nanti Allah permudahkan dan tiada berlaku perkara begitu,” kongsinya.
Ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, ini jawapan yang diberikan pelakon yang memegang watak Intan dalam Andai Tiada Dia itu.
“Kalau ada perancangan (berkahwin) saya akan maklumkan,” tutupnya.
Drama Andai Tiada Dia yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan ramai lagi itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).