Laman Utama

Panas, Tak Berbumbung & Terpaksa Belajar Atas Karung Guni, Ramai Simpati Nasib Pelajar Malang Ini!

Hanafis Haris
17/06/2021
05:21 MYT
Sponsor Banner
Panas, Tak Berbumbung & Terpaksa Belajar Atas Karung Guni, Ramai Simpati Nasib Pelajar Malang Ini!
Tular di media sosial memaparkan sekeping gambar beberapa pelajar Kampung Entakong, Sarawak yang menjadikan sebahagian jalan tanah sebagai kelas sementara.

Gambar berkenaan kemudian menimbulkan kekecohan apabila ramai yang bersimpati dengan nasib malang mereka.

Malah, rata-ratanya kecewa apabila keadaan seperti itu masih berlaku di negara ini.

Menurut laporan The Borneo Post, gambar tersebut terlebih dahulu dikongsikan pengguna Facebook Lenneth Xabi di dalam laman Komuniti Limbang.

Menerusi gambar tersebut lima kanak-kanak sedang belajar di atas jalan tanah di Ulu Medamit dengan hanya beralaskan karung guni.

Menurut individu itu, pelajar tersebut belajar dalam keadaan tidak selesa memandangkan struktur jalan yang tidak rata selain tiada tempat berteduh.

“Keadaan para pelajar Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). di kawasan ulu Medamit, kesian dengan mereka line internet yg tak menentu macam chipsmore disini.

“Terpaksa tunggu 30min hingga 1 jam line internet muncul balik. sekejap ada, sekejap hilang, agak susah untuk mereka belajar,” kata individu berkenaan.

Pada masa dia juga mengharapkan supaya capaian internet di kawasan itu diperbaiki memandangkan pembelajaran kini dilakukan secara atas talian.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Sekadar info, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak telah mencapai sasarannya untuk memiliki sekurang-kurangnya 1,200 menara telekomunikasi di seluruh negeri bagi meningkatkan infrastruktur internet telekomunikasi berkelajuan tinggi di Sarawak.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar