Gaya Hidup

Pancuran Meteor Akan Muncul Di Malaysia Pada 4 & 5 Januari Ini!

Azwa Rahman
04/01/2020
05:17 MYT
Sponsor Banner
Pancuran Meteor Akan Muncul Di Malaysia Pada 4 & 5 Januari Ini!
Selepas fenomena gerhana berlaku sekitar minggu lalu, masyarakat Malaysia sekali lagi berpeluang melihat satu lagi keajaiban alam menerusi pancuran meteor.
Pancuran meteor Quadratics ini akan dilaporkan akan membuat kemunculan pada 4 dan 5 Januari ini.
Waktu puncak untuk anda menyaksikan pancuran ini adalah pada 11 malam ini dan pada awal pagi esok.
Dilaporkan hampir 120 buah meteor akan timbul dan bertaburan.
Masyarakat yang tinggal di kawasan Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor, Bukit Broga, Kudat, Kota Belud dan Tanjung Simpang Mengayau antara yang boleh melihat pancuran meteor ini paling jelas.
Anda juga boleh menyaksikan meteor-meteor ini bergerak di kawasan Pantai Pasir Klebang, Melaka, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Gem, Pantai Malindo danKampung Teluk Pelanduk!
Pastikan anda berada di kedudukan yang strategik yang jauh daripada sebarang cahaya cerah.
Tip seterusnya, berikan mata anda sedikit pendedahan kepada kegelapan sebelum menyaksikan pancuran meteor ini.
Jangan lupa bawa ahli keluarga dan teman-teman untuk menjadi saksi keindahan keajaiban alam yang akan berlaku.
Sumber: Hitz
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar