Laman Utama
Panggil Anak Sendiri ‘Bodoh’, Azhar Sulaiman Dikecam Netizen - “Dia Ni Takda WhatsApp ke?”
Pelakon Azhar Sulaiman dikecam netizen gara-gara menegur perilaku anaknya, Kasih Iris Leona di platform media sosial baru-baru.
Hal ini kerana, Azhar memilih untuk memuat naik status ‘menyindir’ anaknya sebagai seorang bodoh selain memberi bayangan yang Leona sengaja mencipta kontroversi.
“Sekarang saya risau jika Leona jenis yang bodoh setiap hari”
“Ada orang… Ada hari bodoh dia… Sekarang saya risau jika anak saya, Leona ni jenis yang bodoh setiap hari.
“Dia nak jadi macam Alif Syukri ke… Tak berhenti henti buat kontroversi,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook yang kini sudah dipadamkan.
Antara komen netizen di laman Twitter:
Pun begitu, masih ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mempertahankan tindakan Azhar menegur Leona dengan cara berkenaan.
Terdahulu, Leona dihujani kecaman apabila video yang menampilkan dirinya mengenakan bikini viral di media sosial.
Kemudian, cara pemakaian Leona turut menjadi bahan bualan sehingga menyebabkan pempengaruh itu menghantar beberapa ciapan supaya netizen berhenti memberi perhatian terhadap dirinya.