Laman Utama
“Panggil Saya Fit Amy” - Mahu Kurangkan Lagi 3kg, Fat Amy Pitch Perfect Capai Berat Badan Idaman
Pelakon Pitch Perfect Rebel Wilson atau lebih dikenali sebagai Fat Amy tampil langsing dengan perkongsian foto terbarunya mengenakan
Menerusi laman sosial Instagram, Fat Amy, 40, berkongsi foto terkininya untuk tatapan umum.
“Just call me: Fit Amy,” tulis Fat Amy di ruangan kapsyen.
Malah, aktres yang berasal dari Sydney, Australia ini turut meraih perhatian wargamaya dunia apabila mengenakan sehelai gaun ketat labuh berwarna merah jambu yang menyerlahkan lagi bentuk badannya.
Sejak beberapa bulan lalu, Fat Amy kerap berkongsi aktiviti senaman dan mengamalkan gaya hidup sihat sambil ditemani jurulatih kecergasan Hollywood, Jono Castano.
Menurutnya lagi, dia sangat berbangga dengan dirinya sendiri yang kelihatan semakin fit dan tinggal 3 kilogram sahaja lagi untuk mencapai berat badan idamannya.
“Minggu ni sangat sibuk, saya bangun awal tiga hari untuk pergi mendaki dan melakukan aktiviti berlari 100 meter untuk mendapat kadar degupan jantung yang tinggi.
“Tapi saya bangga dengan diri saya dan sekarang perlu kurangkan 3 kilogram sahaja lagi untuk berat badan idaman,” tulisnya menerusi satu entri.
Awal Januari lalu, Fat Amy telah menetapkan sasaran tahun 2020 ini sebagai ‘the year of health’ bagi dirinya