Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Panik Sambut Ramadan Pertama Sebagai Isteri, Nabila Razali Masak ‘Supper’ Bukan Sahur Buat Suami

Maliah Surip 14/03/2024 | 02:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali adalah antara selebriti wanita yang pertama kali menyambut Ramadan sebagai isteri pada tahun ini.
Nabila berkahwin dengan pasangannya, Iruwan Nik Izani, 38, pada November 2023.
Mengaku teruja menyambut Ramadan pertama sebagai pasangan berumah tangga, Nabila bagaimanapun tidak dapat lari daripada perasaan gementar.
“Sebenarnya sebelum berkahwin kami ada berbincang tentang persiapan menyambut Ramadan.
“Maklumlah saya sebelum ini misalnya bangun sahur disediakan ibu atau buat saja untuk diri sendiri.
“Tapi apabila sudah berkahwin saya kena tahu apa yang suami suka, jaga pakai makan dia.
“Jadi macam untuk persiapan sahur Ramadan hari pertama saya masak nasi goreng.
“Tapi sebab gementar dan takut terlajak atau tidak sedar waktu sahur, saya masak nasi goreng pukul 2 pagi.
“Itu (2 pagi) sudah macam supper bukan sahur,” ujarnya sambil ketawa.
Penyanyi lagu Pematah Hati tersebut berkongsi pengalaman pertamanya itu sewaktu menjadi tetamu dalam program bual bicara di sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Nabila, 32, bagaimanapun mengatakan suaminya yang merupakan seorang usahawan sebenarnya langsung tidak cerewet soal makan sahur.
“Padahal suami saya rupanya jenis orang yang cukup makan kurma dan minum air sewaktu bersahur. Sebenarnya amalan ini juga memudahkan saya,” tambahnya lagi.
Pada masa sama penyanyi itu melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menikmati Ramadan sebagai suami isteri.

BERITA TRENDING: Kisah Cinta Ada Dalam Lagu, Nabila Razali Hadiahkan ‘Hanya Kamu’ Khas Untuk Suami

BERITA TRENDING: Seminggu Kahwin, Nik Iruwan Belum Jumpa Kelemahan Nabila - "Dia Sempurna, Baik & Fantastik!"

#Nabila Razali
;