Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Papa Awan Nano Selalu Berjaga Malam Bancuh Susu, Kak Lina Pom Pom Bahagia Dapat Suami Penyayang!

Amri Hassan 21/12/2021 | 07:20 MYT
Pengacara, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan memahami kerjayanya sebagai selebriti.
Malah, kata Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh, yang turut disapa dengan nama Papa Awan Nano, tidak kekok menguruskan anak sulung mereka yang baru berusia dua bulan.
"Sebenarnya tak nampak pun suami kekok jaga anak sulung. Sebab Sefhia pun dia dah jaga seperti anaknya sendiri dengan penuh kasih sayang.
"Cara dia jaga Haider nampak macam sebelum ini pernah ada anak. Dia langsung tak nampak janggal. Malah dia selalu berjaga malam dan tolong bancuh susu.
"Kalau saya penat sangat dia akan uruskan segalanya. Alhamdulillah saya dikurniakan suami sebaik dan harap kekal sampai bila-bila," kata Elly ketika ditemui selepas konsert kelima GV8 di PICC, Putrajaya baru-baru ini.
Sementara itu kongsi Elly, bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen akan didedahkan wajahnya secara eksklusif menerusi rancangan popular MeleTOP secara langsung pada Selasa.
"Untuk bayi ini kami ada eksklusif dan akan dikongsikan di program MeleTOP. Saya tak sorok anak pun. Macam Sefhia sebelum ini pun saya jarang tunjuk.
"Sama juga dengan anak kedua ini. Masing-masing ada cara tersendiri, begitu juga dengan saya. Saya rasa bahagia dengan cara sebegini," katanya.
Sama seperti anak perempuannya Puteri Sara Sefhia Azmi, penyanyi berusia 41 tahun lebih selesa dengan cara begitu.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Manakala, Elly dan suaminya Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
#Elly Mazlein #Anak #Kak Lina Pom Pom #Suami #Cikgu #Bayi #Pantang #Haider Mateen #Mohamad Azlan #Papa Awan Nano
;