Hiburan

“Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” - Norman Hakim Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Marissa Dania

Asyikin Mayudin
02/07/2024
03:41 MYT
Sponsor Banner
“Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” - Norman Hakim Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Marissa Dania
Pelakon Norman Hakim mengamit memori ketika dia menerima ‘surat cinta’ daripada Marissa Dania Hakim yang waktu itu berusia 10 tahun.

Ulang Tahun Kelahiran Marissa

Perkongsian itu dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran Marissa atau mesra dipanggil sebagai adik itu pada hari ini iaitu 2 Julai.

“Hari ni… sembilan tahun yang lepas, papa dapat ‘surat cinta’ daripada adik. Surat yang comel sangat-sangat. Bukan setakat comel, tapi sangat mendalam segala maksud yang tersirat walau dicoret oleh anak yang berusia 10 tahun.

“Mama dan mummy pun dapat surat sorang satu daripada adik. Hilang segala belenggu lelah bila dapat surat ni daripada adik. Abah masa tu baru ‘salam perkenalan’ dalam keluarga kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Buat Content Batu Api, Abang Tesla; "Netizen Yang Melaga-Lagakan.."

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai Dengan Takdir”

“Sampai hari ni surat ni masih tersimpan kemas dalam file hardcopy dan softcopy papa,” kongsi Norman menerusi Instagram miliknya.

Detik Cemas Abby Lahirkan Marissa

Pada perkongsian yang sama, Norman turut berkongsi detik cemas ketika bekas isterinya iaitu aktres Abby Abadi melahirkan Marissa dalam kereta pada 19 tahun lalu.

“Dan hari ni juga… 19 tahun lepas, lagi papa takkan lupa momen papa sambut kelahiran adik dalam kereta. Tak sempat bawa Mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar.

“Papa ingat lagi perkataan pertama yang keluar daripada mulut mama bila adik dah keluar sepenuhnya. Adik menangis sekejap saja, lepas itu diam.
“Mata terkebil-kebil pandang papa pandang mama. Mama cakap ‘hidung Norman Hakim la’. Nampak saja muka adik, terus lenyap panik papa. Terus hilang sakit mama bertarung nyawa lahirkan adik,” ujarnya lagi.

Luahan Sayang

Menganggap tiada apa yang mampu memisahkan mereka berdua, Norman turut meluahkan rasa sayang bukan sahaja pada Marissa, malah kepada menantunya iaitu Aslam serta madu kepada anaknya, Umisya
“Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran my baby girl @marissadania_ . Sayang papa pada adik dari sambut sendiri kelahiran adik sampai ke saat ini tak pernah berubah.
“Hanya mati yang akan pisahkan kasih sayang kita. Tu pun takkan terpisah sebab kita akan jumpa balik kat kehidupan akhirat yang hakiki InsyaAllah. Papa sayang adik, sayang Aslam dan sayang Umisya.
“Semua anak-anak papa juga. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus. Allah hadirkan hujan, ribut dan taufan sebab Allah nak mengajar kita tentang bersyukur dalam tangis dan sujud semasa hadirnya pelangi nanti.
“Percaya dan yakin waktu itu akan tiba,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…

ARTIKEL BERKAITAN: Umisya Kongsi Hikmah Disebalik Berpoligami

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar