Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Paras Oksigen Anak Menurun, Amyra Rosli Bergegas Ke Hospital - “Berderau Darah Mommy..”

Azwa Rahman 10/04/2022 | 21:27 MYT
Pelakon Amyra Rosli terpaksa bergegas ke hospital apabila dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya, Ayra Aryssa, 2, tiba-tiba menurun selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki.
Difahamkan Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama bergegas meninggalkan set untuk ke hospital.
“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.
Menerusi IG Story juga, Amyra memaklumkan paras oksigen anaknya kini stabil meskipun Ayra masih belum sihat sepenuhnya.
Pada Rabu lalu, Ayra dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.
Anak kedua pasangan tersebut kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah yang biasanya menyerang kanak-kanak di bawah lima tahun.
Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memaparkan situasi terkini dan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid.
“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.
“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.
Sementara itu, ramai rakan-rakan di dalam industri urut menitipkan doa kan kata-kata semangat buat Amyra dan Ayra agar diberikan kesembuhan.
Sekadar info, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016.
Pasangan bahagia itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.
#Amyra Rosli #Anak Amyra Rosli #Ayra Aryssa
;