Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pasangan Kekasih ‘Kantoi’ Berasmara Dalam Kereta Ketika Orang Ramai Solat Jumaat

Firdaus 26/12/2023 | 02:43 MYT

Sepasang kekasih ditangkap berasmara semasa orang ramai sedang menunaikan solat Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku di Kebumen, wilayah Jawa Tengah, perbuatan tidak senonoh pasangan itu dikatakan berlaku di kawasan parkir Hospital Muhammadiyah di Gombong.
Menurut sumber, perbuatan itu bagaimanapun terbongkar apabila seorang pemandu lain yang sedang menunggu majikannya ternampak sesuatu yang ‘aneh’ di tingkap kenderaan pasangan tersebut.

BERITA TRENDING: Netizen Jijik Suami Tawar Servis Seks Dengan Isteri, Bertukar-Tukar Pasangan! - "PDRM Mohon Siasat"

Pemandu berkenaan lantas menuju ke kenderaan itu namun dikejutkan dengan aksi tidak senonoh kedua-dua individu terbabit.

Bagaimanapun, selepas dicekup mereka mengaku bukan suami isteri, sebaliknya masing-masing telah mendirikan rumah tangga.
Susulan kejadian, isteri kepada pelaku yang hanya mahu dikenali sebagai M, mendedahkan telah membuat laporan polis kerana berasa malu atas perbuatan suaminya.
Sumber: Tribunnews/Kosmo

#Viral #Indonesia #Asmara
;