Laman Utama

Pasha Ungu Kembali Aktif Politik Sebab Mahu Bantu Rakyat

Maliah Surip
21/06/2022
12:43 MYT
Sponsor Banner
Pasha Ungu Kembali Aktif Politik Sebab Mahu Bantu Rakyat
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha kembali aktif semula dalam bidang politik selepas sempat melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil Wali Kota atau Datuk Bandar Palu.
Kini pemilik nama sebenar Sigit Purnomo Said itu mahu melangkah lebih tinggi dengan menjadi calon Dewan Perwakilan Rakyat atau DPR sekaligus bertanding untuk piliharaya Indonesia yang seterusnya.
Ditanya media tempatan mengenai keputusannya kembali ke kancah politik, Pasha mengaku mahu merebut salah satu kerusi di DPR dan berbakti kepada masyarakat.
“Sekarang fokus DPR kerana momentum pilihan raya umum. Politik tidak setiap hari, momentumnya 5 tahun.
“Dan bercakap tentang politik, saya berupaya sekeras mungkin bermanfaat untuk masyarakat. Kalau sudah terjun ke politik biasanya itu antara tidak bisa atau tidak mahu keluar. Nah kalau saya tak mahu keluar," jelas Pasha seperti dilaporkan Viva.co.
Namun kata pelantun lagu Kekasih Gelapku ini biar sibuk dengan politik, dia tidak akan pernah meninggalkan rakan rakan dan karya di kumpulan Ungu.
Pasha menyifatkan Ungu yang telah ‘membesarkan’ mereka selama 25 tahun sebagai rumah untuk pulang selepas semuanya melakukan aktiviti masing masing.
“Anggota yang lain faham saya akan sibuk dengan politik tapi kami saling mendukung dan Ungu akan selalu menjadi rumah tempat kita pulang.
“Saya pun pujuk mereka untuk menjadi ahli Dewan dan sama sama berkempen untuk pilihanraya 2024 nanti,” katanya tanpa berselindung.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar