Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pasha Ungu Seronok Beraya Pakai Baju Sedondon

Maliah Surip 30/04/2022 | 13:30 MYT

Sambutan Aidilfitri turut disambut penuh meriah di Indonesia. Salah seorang selebriti yang ikut berbahagia menyambut bulan penuh kegembiraan adalah vokalis kumpulan Ungu, Pasha.

Menurut penyanyi tersebut, dia beruntung kerana persiapan perayaan keluarganya selalu diuruskan dengan baik oleh isterinya, Adelia Wilhemina.
Wanita tersebutlah yang akan menguruskan segala hal berkaitan raya termasuk pakaian baharu yang akan dikenakan setiap 1 Syawal.
Pelantun Demi Waktu itu mengaku teruja dan seronok kerana beberapa tahun kebelakangan ini, isterinya mempersiapkan pakaian raya yang seragam atau sedondon.
“Saya beruntung kerana Adel menyiapkan semua keperluan termasuk baju raya yang seragam.
“Ini kerana dia mempunyai ramai kawan yang boleh menjahit, jadi beberapa tahun kebelakangan ini selalu bajunya dibuatkan sedondon terus,” kata Pasha seperti dilaporkan Kompas.
Kepada media, Pasha juga memberitahu dia sekeluarga menyambut Lebaran di Bogor.
Dan dia sekeluarga menjalani rutin biasa di pagi raya seperti solat Aidilfitri beramai ramai.
“Kemudian kita akan menikmati jamuan raya seperti makan ketupat, sambal hati dan ampela,” katanya lagi.

#Penyanyi #Indonesia #Baju Raya #Aidilfitri #Pasha Ungu
;