Hiburan
Patimah Ismail Kongsi Gambar ‘Throwback’ Yusof Haslam & Syamsul Yusof ,Netizen Syukur Hubungan Semakin Erat - “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah”
Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar suami bersama anaknya, Syamsul Yusof.
Menerusi hantaran di Instagram, Patimah tidak menulis sebarang kapsyen namun pada gambar tersebut tertulis “tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata”.
Meskipun tidak mengulas lanjut mengenai hantaran tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarga ini dilihat semakin erat selepas pengarah yang popular dengan filem Munafik itu pulang ke rumah.
Pada 12 September lalu, Patimah memuat naik foto bersama Syamsul sekaligus memaklumkan bahawa anaknya itu sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak bersua.