Laman Utama

Patut Lama Menghilang, Tiktoker ‘Mama!’ Ini Didakwa Merogol, Bakal Dibicara 17 Januari Depan!

Izwan Isa
25/12/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
Patut Lama Menghilang, Tiktoker ‘Mama!’ Ini Didakwa Merogol, Bakal Dibicara 17 Januari Depan!
Kenalkah anda pada Seo Won Jeong? Jika dilihat pada namanya, mungkin ramai dalam kalangan netizen gagal menangkap siapakah gerangan individu yang dimaksudkan.
Namun, jika disebut Tiktoker yang popular dengan tagline “Mama!”, pasti ramai pengguna platform media sosial tersebut mengenali lelaki lincah yang sering berkongsi kandungan video mencuit hati.

BERITA TRENDING: Lepas Tengok Filem Siksa Neraka, Transgender Ini Insaf, Mahu Kembali Jadi Lelaki

Berusia 27 tahun, Won Jeong atau WonJeongMan memiliki lebih 55 juta pengikut, menjadikan dia sebagai individu bukan selebriti yang paling ramai pengikut di Korea.
Begitupun, Won Jeong yang baru sahaja dipilih sebagai Forbes 30 Under 30 Asia pada Mei lalu dilihat tidak lagi memuat naik sebarang video, dengan perkongsian terakhir dibuat pada 22 Julai 2023.
Rupanya, Won Jeong dikatakan sedang berhadapan dengan tuduhan serangan seksual seperti dilapor oleh SBS.
Menerusi laporan berkenaan, SBS mendedahkan seorang yang dikenali sebagai Pempengaruh A dan seorang lagi lelaki keluar minum bersama Wanita B. Kemudian mereka membawa Wanita B pulang ke rumah lelaki tadi dan merogolnya.
Mangsa iaitu Wanita B dikatakan telah menghubungi polis, melaporkan bahawa dia mendengar bunyi rakaman ketika dia bangun selepas tertidur dan bahawa dia diserang secara seksual oleh kedua-dua lelaki itu.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Syafie Naswip Rahsiakan Tarikh Pernikahan

SBS turut mendedahkan, Pempengaruh A enggan membuka pintu ketika pihak berkuasa datang untuk menyiasat lokasi kejadian. Bomba terpaksa dipanggil untuk bagi membolehkan pihak berkuasa masuk.
Walaupun tidak mendedahkan identiti dan wajah Won Jeong, namun, laporan berita berkenaan memaparkan sebuah video yang dikaburkan. Walaupun video tersebut kabur, namun, ia sudah memadai buat pengikut Won Jeong mengenali bahawa Pempengaruh A merupakan dirinya.
Susulan siasatan, Balai Polis Seoul Gangnam telah memanjangkan kes itu kepada pihak pendakwaan.
Hingga ketika 15 Disember lalu, Won Jeong berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah atas serangan seksual terhadap mangsa yang tidak sedarkan diri.
Tuduhan merakam video secara haram telah digugurkan kerana kekurangan bukti dalam telefon miliknya.

BERITA TRENDING: Kalahkan New York, Seoul & Bali, Kuala Lumpur Duduki Tangga Ke-6 Sebagai Banda Raya Paling Ramai Pengunjung Sepanjang 2023

Dalam masa sama, Won Jeong mendakwa hubungan seks antara dia dan mangsa berlaku dengan persetujuan.
Perbicaraan mahkamah pertama dijadualkan pada 17 Januari 2024.
Sementara itu, pengurusan Won Jeong iaitu SOONENT, masih belum memberikan sebarang kenyataan.
Sumber: Koreaboo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar