Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Patut Orang Sanggup Beratur Panjang.. Nasi Kandar Ini Diiktiraf Paling Tua di Malaysia!

Azwa Rahman 17/07/2020 | 08:17 MYT
Nasi kandar Hameediyah di Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan sebagai restoran nasi kandar tertua di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.
Terletak di Lebuh Campbell, restoran nasi kandar ini sudah mencecah usia 100 tahun!
Mula beroperasi sejak tahun 1907 dan masih popular sehingga ke hari ini, patutlah restoran ini sering menjadi tumpuan umum terutamanya pada waktu hari minggu atau cuti umum.
Restoran nasi kandar keluarga ini kini diwarisi oleh generasi ketujuh keluarga berkenaan iaitu Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor.
Malah, dia melahirkan rasa kesyukuran atas pengiktirafan itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.
Kini restoran Nasi Kandar Hameediyah mempunyai dua cawangan isitu di Butterworth dan Kota Damansara.
Selain itu, mereka juga dijadualkan akan membuka sebuah lagi cawangan baru di Sungai Ara pada bulan Ogos 2020.
Resipi warisan keluarga itu juga akan diturunkan kepada generasi seterusnya untuk menjayakan misi mereka bagi mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.
#Pulau Pinang #Hameediyah #Nasi kandar
;