Viral
"Patutlah Abang Cari Boxer Tak Jumpa" - Lawak Lucah Zizan Razak Di Instagram Jennie BLACKPINK Cetus Amarah Netizen
Pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Zizan Razak mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas menulis komen berbaur jenaka lucah pada foto Jennie BLACKPINK baru-baru ini.
Zizan dalam nada berseloroh menulis komen pada foto bintang K-pop wanita itu mengusiknya dengan subjek 'boxer' merujuk kepada pakaian Jennie ketika itu.
"Nah sayang ni. Patutlah abang cari boxer abang tak jumpa. Sayang pakai rupanya.
"Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kena selam baru dapat" tulis Zizan.
Jennie terdahulu telah memuatnaik fotonya sempena kolaborasi bersama jenama pakaian antarabangsa Calvin Klein.
Meninjau komen di Twitter, rata-rata netizen dan peminat setia BLACKPINK, BLINKs mengutuk tindakan Zizan itu.
okay so after i scrolling through the comment latest jennie bp post, i found a comments from Malaysian comedian and actor, Zizan Razak. Look at his comments, what did you thinks? I'm sorry to say but you kinda a pervert man. I didn't get it how it can have so many likes ? pic.twitter.com/3R2fqHKp5b— wekyunana ⛓ IN生 ?? (@kyudaramji) August 30, 2020
Bagaimanapun, komen terbabit telah dipadamkan dari Instagram Jennie.getting cancelled on instagram for defending jennie because of zizan razak's comment oh no im so tacodt ??— ً amyʼs 희승! (@yoonsflirt) August 30, 2020
Must-Watch Video