Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Patutlah Ace Suka Tutup Telinga, Guna Mulut Buka Penutup Botol” - Autism, Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

Mya Amri 15/11/2021 | 04:22 MYT
Doktor dan pengacara, Dr Say Shazril memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak-anak.
Menurut Dr Say sebelum anak sulungnya disahkan mengalami gangguan perkembangan neuro atau autism tahap sederhana, Ace telah menunjukkan beberapa tanda.
“Bila lagi banyak saya baca mengenai autism terus terang cerita lagi sedih saya jadi. Sebab ia lagi mengukuhkan ke-autistic-an Ace.
Somehow hati kecil saya masih berharap yang Ace is normal akan tetapi lepas baca-baca patutlah dulu Ace suka tutup telinga walaupun tak bising. Patutlah dia guna mulut nak bukak penutup botol.
“Patutlah dia sangat-sangat memilih bab makanan yang hanya makan mee atau pasta. Patutlah menjaga dia masa baby berbeza kesukarannya daripada menjaga Sef. Ayah mana kat dunia ni tak sedih bila anaknya di-diagnose autism for the 1st time?
“Mak ayah saya berulang kali cakap yang depa rasa Ace is perfectly normal. Ayah mertua saya siap cakap “kalau biar je Ace ni, umur 4 tahun sure dia boleh catchup”.
“Those words really calm me down tapi saya tak nak keselesaan tidak berbuat apa-apa menjadi penyesalan di masa hadapan.,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Tambah Dr Say lagi, dia bersyukur kerana isterinya Dr Azura Abbas pantas mengambil tindakan dan membawa Ace untuk menerima rawatan terapi.
“Saya teramat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang peka akan kelainan Ace pada awal-awal dulu dan ambil tindakan mengenainya dengan memulakan terapi awal, kalau tak mungkin Ace tidak seperti sekarang.
“Dan setiap kali saya rasa down isteri saya akan sentiasa bagi ayat-ayat positif seperti “it’s okay ubby, give Ace some time, he will do wonders”.
“Dari segala cerpen ni ingin saya ingatkan ibu bapa di luar sana sekali lagi tolonglah peka dengan perkembangan anak-anak dan kalau rasa berlain even as remeh as lambat bercakap, ambillah tindakan.
“Biarlah orang lain cakap “biasalah anak lelaki cakap lambat” atau “anak saya 2 tahun tak boleh cakap, sekarang 4 tahun tak berhenti bercakap”.
“Tu anak mereka, what if anak kita berbeza? Tak salah untuk overtreat dari undertreat sebab intervensi awal terbukti dapat membantu perkembangan. Time to accept that my son is gifted and time to go all out on you Ace,” coretnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Terdahulu, Dr Say tampil berkongsi kisah perkembangan anak pertamanya Aezriel, 2, yang disahkan menghidap mild autism.
BACA: "Ko Dah Habiskan Duit Nak Tunjuk Straight Tapi Anak Pula OKU" - Netizen Mulut Lahar, Dr Say Terkilan!
Dr Say dan Dr Azura Abbas telah berkahwin pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki, Aezreil dan Sefriel.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Anak #ACE #Dr Say #Autism #Dr Say Shazril #Mild Autism #Mohon Ibu Bapa Peka
;