Hiburan

“Patutlah, Pemimpin Dan Rakyat Bagus,” - Tahniah, New Zealand Bebas COVID-19

Azwa Rahman
09/06/2020
09:28 MYT
Sponsor Banner
“Patutlah, Pemimpin Dan Rakyat Bagus,” - Tahniah, New Zealand Bebas COVID-19
Negara New Zealand meraikan kemenangan memerangi COVID-19 selepas tidak lagi melaporkan kes aktif wabak itu.
Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan pesakit COVID-19 terakhir telah disahkan sembuh dan berita gembira itu telah mendapat pujian banyak pihak serta tumpuan seluruh dunia.
"Kita tidak mempunyai lagi kes baharu COVID-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua, tetapi sempadan masih ditutup," katanya.
Kes COVID-19 yang pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari dan negara tersebut terus mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
Sebagai langkah permulaan, Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac namun kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara pada 25 Mac apabila negara itu mengesahkan 200 kes.
Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial.
Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula.
Penduduk yang tiba di negara ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin.
Hasil tinjauan Gempak di laman sosial Facebook, ramai wargamaya mengucapkan tahniah pada negara itu dan mengharapkan Malaysia turut bebas COVID-19 tidak lama lagi.
“Good job New Zealand!” komen seorang wargamaya.
“Sebab tu sempadan negara tak boleh dibuka. Itulah punca ada jangkitan balik,” tegur seorang wargamaya.
“Negara luas, populasi 5 juta. Pemimpin dan rakyat bagus jadi, no wonder la,” luah seorang wargamaya.
“New Zealand dah bebas covid, tak sabar nak pegi,” kata seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, New Zealand mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar