Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Patutnya Berkhatan Hari Ini, Bayi Nazrief Nazri Disahkan Positif COVID-19! - "Rasa Nak Ikat Nurse Kat Pokok Ada Kerengga"

Amri Hassan 23/09/2021 | 03:25 MYT
Pelakon Nazrief Nazri dan isteri, Aziatul Aqma Hamdan sedih apabila anak lelaki mereka, Noah yang sepatutnya dijadualkan berkhatan pada hari ini disahkan positif virus COVID-19.
Kongsi Aziatul Aqma menerusi akaun Instagram pada Khamis, anak lelaki mereka hanya mengalami simptom berkahak.
"Sepatutnya hari ini berkhatan Noah, tapi sedihnya anak saya disahkan positif COVID-19. Saya dan suami negatif.
"Noah kuat sangat, buat PCR semalam tak menangis langsung sampai doktor pun pelik dan Noah tak ada simptom, cuma berkahak sikit je.
"Dan Noah sampai sekarang tak meragam atau menangis. Mommy je yang menangis bila dapat tahu," katanya.
Aziatul Aqma turut berpesan agar petugas kesihatan turut berwaspada dan sentiasa menjaga Standard Operasi Prosedur (SOP) bagi mengelakkan perkara tidak diingin sepertinya berlaku pada masa akan datang.
"Doakan Noah cepat sihat ya. Lepas tu nak pesan, nurse kalau nak jalankan tugasan please follow SOP. Saya faham nurse geram dengan Noah, tapi situasi sekarang bukan masa untuk geram dan gomol baby sesuka hati.
"Tak cukup dalam bilik, dekat kaunter nak bayar bil pun nurse datang pegang-pegang Noah. Nasib Mommy cepat-cepat buat muka bitchy time tu.
"Rasa nak ikat nurse dekat pokok ada kerangga je sekarang ni," tegasnya.
Nazrief, 29, dan Aziatul Aqma berkahwin pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur dan menimang cahaya mata sulung mereka pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.
#Anak #Baby #Nazrief Nazri #Isteri #Berkhatan #Nurse #Positif #COVID-19
;