Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Payah Nak Jumpa Kau, Aku Pun Kena Appointment” – Friendship Goals Ajak & Shahrol Shiro Ni Comel Betul

Mya Amri 17/07/2019 | 14:07 MYT
Pelawak Ajak Shiro tidak ketinggalan menitipkan ucapan khas sempena ulang tahun kelahiran sahabatnya, Shahrol Shiro yang ke-35.
Ajak menerusi akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Shahrol kerana menjadi sahabat yang baik sepanjang perkenalan mereka.
“Serius… Cerita ni macam dongeng. Tapi betul jadi dan tak sangka cerita dongeng kita sampai tahap ini. Terima kasih anda yang menyokong kami.
“Dikesempatan ni aku nak ucapkan… Selamat hari lahir brother @shahrol_shiro. Kau tau, yang cuma aku ada bila kau jatuh.
“Begitu juga sebaliknya Rol… Semoga kau dikurniakan rezeki di sisi keluarga tersayang my Bro... Sekarang payah nak jumpa kau… Aku pun kena appointment @shahrol_shiro,” tulisnya.

Serius..cerita ni macam dongeng..Tapi betul jadi...Dan xsangka cerita dongeng kita sampai tahap ini? Terima kasih anda yang menyokong kami.. Dikesempatan ni aku nak ucapkan.., Selamat hari lahir brother.. @shahrol_shiro Kau tau, yang cuma aku ada bila kau jatuh..Begitu juga sebaliknya Rol..Semoga kau dikurniakan rezeki disisi keluarga tersayang My Bro..Sekarang payah nak jumpa kau..Aku pun kena appointment ?? . @shahrol_shiro @shironattorsfc_official . #happybithday #shiro #akubudakkluang #otakjanganloading #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengagumi keutuhan tali persahabatan mereka selain turut memberikan ucapan hari jadi kepada Shahrol.
“Saya tak berapa follow bab Maharaja Lawak ni tapi saya suka anda berdua… Kipidap,” tulis @ermylia_forever
“Sahabat ni nikmat, hargai sebaik mungkin… Hepi besday @shahrol_shiro Allah selamatkan kamu,” komen @theyassay.
#Ajak Shiro #Shahrol Shiro
;