Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Pedih Hilang Abah Sendiri Belum Pudar..." - Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua

Asraf Aided 01/09/2020 | 10:58 MYT
Pengacara Iesya Toh berkongsi kesedihan selepas pemergian bapa mertuanya, Muhamad Sulaiman yang meninggal dunia dua hari lalu.
Menurut Iesya, kedukaan berhadapan pemergian bapa kandungnya dua tahun lalu masih belum hilang, kini bapa mertuanya pula pergi menghadap Ilahi.
"Walaupun cucu-cucu Abah meriah, tapi bacaan mengaji Abah tetap jelas kami dengar, kenapa hari ni Iesya dengar Abah? Tapi sayup saja.
"Pedih hilang Abah sendiri belum hilang, baru bermanja dengan Abah mertua, Allah ambil pula.
"Abah tenang di sana ya, Abah teruskan senyuman itu sampai saat kita berjumpa semula, soal Mama, kami semua akan terus membahagiakan, walaupun tak sama macam Abah belai Mama," tulis Iesya di Instagram.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Iesya menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar dia kuat berhadapan dugaan itu.

Sudut abah mengaji?? Walaupun suara cucu2 Abah meriah...Tapi bacaan ngaji abah tetap jelas kami dengar.. Kenapa hari ni iesya dgr abah?? Tapi sayuppppp je????? Pedih hilang abah sendiri, belum hilang.....baru bermanja dgn Abah mertua, Allah ambil pula? redha abah.. sgt redha.. apatah lagi nmpak abah senyum lebar!! Ya Allah♥️♥️ Abah, tenang disana ya.. Abah teruskan senyuman tu smpai saat kite bjumpa semula.. Soal mama, kami semua akan terus membahagiakan. Even tak sama mcm Abah belai mama...? Ya kami hilang abah.. Tapi tak seperit seorang isteri kehilangan suami♥️? Al-fatihah buat abah2 tersayang?? Sanny Toh Bin Abdullah (7.2.2018) Hj Muhamad bin Sulaiman (30.8.2020)

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

Terdahulu, bapa kandung Iesya, Allahyarham Sanny Toh Abdullah telah meninggal dunia pada 7 Februari 2018 di Madinah ketika menunaikan ibadah umrah di sana.
#Pengacara #Iesya Toh
;