Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Peguam Perjelas Sebab Aliff Aziz & Ruhainies Diam Membisu - “Kami Nasihatkan Mereka Untuk…”

Khairil Khusyairi 17/10/2024 | 05:25 MYT
Peguam yang mewakili aktor kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies iaitu Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani memaklumkan kedua anak guamnya tidak memberikan sebarang komen kerana mahu menghormati prosiding mahkamah.
Menurut Amirul lagi, dia juga memaklumkan tiada sebarang ketegangan berlaku antara anak guamnya dan pihak pendakwa.
“Mereka memilih untuk mendiamkan diri mungkin kerana tidak mahu mendahului prosiding mahkamah.
“Yang kedua, mungkin kedua-dua anak guam saya fokus untuk kes ini dan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mungkin akan mengeruhkan keadan dan mengganggu perjalanan prosiding mahkamah.
“Tiada sebarang ketegangan yang berlaku antara anak guam dan pihak pendakwa. Semuanya okay, tiada apa-apa yang berlaku.
“Biasalah, itu prosiding yang teratur dan berjalan seperti mana yang diarahkan oleh mahkamah,” jelasnya kepada pemberita usai sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menjelaskan sebab berlaku pertukaran penjamin, Amirul berkata perkara tersebut berlaku kerana penjamin mempunyai komitmen urusan kerja.
“Penjamin (Aliff Aziz) yang sebelum ini ada komitmen kerja.
“Penjamin ini bukan sekadar di atas kertas sahaja tetapi ada obligasi untuk memastikan kehadiran orang yang dijamin.
“Kami dah maklumkan kepada mahkamah mengenai penukaran penjamin dan mahkamah meluluskannya atas alasan-alasan yang wajar untuk pertukaran tersebut,” jelasnya lagi.
Pada prosiding yang berlaku pada Khamis, mahkamah menetapkan perbicaraan
melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.
Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.
Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.
Awal Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Terdahulu pada 20 Jun, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella yang mendirikan rumah tangga pada 9 Se
#Aliff Aziz #Ruhainies #Peguam #Diam
;