UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Pekerja Andika Putera Luah Perasaan, Dakwa Hampir 2 Bulan Gaji Tak Dibayar - “Guna Alasan Baru Kahwin & Ada Anak Special”

Umirah Halim 12/02/2025 | 21:55 MYT

Sejak memulakan kandungan video memaparkan pakaian bertemakan ‘Old Money’, nama personaliti media sosial Andika Putera sering menjadi bualan netizen.

Didakwa tak bayar gaji?

Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun X, ada individu yang mendakwa Andika tidak membayar gaji pekerja nya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Hi, nk spill tea lah si ni andika tak bayar gaji staff. Dah pending dec 2024 and january 2025. Kesian la semua dah macam mengemis gaji sendiri.

“Siap suruh staff resign bagai bila minta terminated letter dok buat lambat, tak bagi staff report ke pihak yg sepatutnya konon suruh bagi muka sbb dia baru kawin and ada anak special,” tulis individu tersebut tanpa mendedahkan identitinya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi diberikan netizen.

“Kenapa majikan melayu selalu buat macam ni,malulah takkan tak tahu hukum bab upah.Selalu sangat bab gaji,kebajikan pekerja tak ambil peduli.

“Asal untung mulalah tunjuk lifestyle kaya raya tapi realiti lansung tak jaga kebajikan para pekerja.

“Majoriti company melayu culas bayar gaji dengan Kwsp pekerja. Aku lebih rela kerja dengan company asing. Cukup time gaji masuk tak payah pening,” komen beberapa netizen.

BERITA TRENDING: “Solat Kena Kecam, Selawat Pun Kena Kecam” - Andika Putera Tak Cepat Marah, Dah Lali Dengan Kecaman

BERITA TRENDING: Ditanya Tentang Pertuturan, Andika Putera Tak Sentap, Mengaku Pelat R & S - “Tak Pernah Kisah Pun Apa Orang Nak Kata”

#Andika #Gaji #Pekerja #Putera
;