Laman Utama
Pelajar Tahun 6 Maut Disambar Petir Ketika Borak Di Telefon, Bapa Temui Jasad Anak Sudah Terbaring
Seorang pelajar perempuan tahun enam maut dipercayai disambar petir ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar, pada Isnin.
Menurusi laporan Utusan Online, kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang.
Mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan sambil memegang telefon bimbitnya.
Sementara itu, bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, menjelaskan sebelum kejadian berlaku Asyqin baharu sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya.
Selepas pulangnya dia ke rumah, Zawawi dikejutkan dengan bunyi letupan yang agak kuat dipercayai datang dari bilik mangsa.
“Ada bunyi letupan yang kuat dari bilik arwah, kemudian isteri saya maklumkan Asyqin telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.
“Selain itu terdapat kesan melecur pada tangan dan kanan anak saya serta kesan terbakar di bahagian tilam tempat tidurnya,” jelas Zawawi.
Mangsa kemudianya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Betis sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.
Mayat Asyqin dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.
Sumber – Utusan Online