Laman Utama
Pelajar Tampar Rakan 5 Kali Sebab Upload Gambarnya Di TikTok Tanpa Kebenaran
Sepotong video yang viral di media sosial memperlihatkan seorang pelajar wanita menampar rakannya sebanyak lima kali meraih perhatian netizen.
Difahamkan, video tersebut dikongsikan oleh wanita yang dipercayai ibu kepada mangsa yang ditampar.
Menerusi video itu, pelajar perempuan yang menyerang mangsa dikatakan marah dan mendakwa mangsa memuat naik gambarnya tanpa kebenaran di platform TikTok.
Sementara itu, dalam sebuah lagi video yang dikongsi, pelajar berkenaan berjumpa dengan wanita tersebut dan juga anaknya di rumah dan membincangkan apa yang telah berlaku.
Pelajar itu kemudiannya memberotahu yang hubungannya dengan anak wanita berkenaan tidak rapat dan berasa tidak puas hati apabila gambarnya dimuat naik sesuka hati.
Tidak mahu berpanjangan, pelajar itu memohon maaf atas ketelanjurannya menampar rakan sesuka hati.
Sumber: Facebook