Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Bollywood

Pelakon Bollywood Milind Soman Berbogel Tepi Pantai Sempena Hari Jadi, Tiada Tindakan Diambil

Amri Hassan 09/11/2020 | 05:20 MYT
Pelakon dan model Bollywood, Milind Soman didakwa atas pertuduhan melakukan kelucahan di tempat awam apabila dengan beraninya memuat naik gambar berlari dalam keadaan bogel di tepi pantai di Goa, India.
Milind, 55, berkongsi fotonya sempena ulangtahun kelahirannya minggu lalu telah dipanggil polis untuk siasatan lanjut selepas mendapat aduan ramai termasuk ahli politik.
Milind yang pernah membintangi filem Bajirao Mastani itu didakwa atas pertuduhan melakukan kelucahan di tempat awam dan mencalarkan imej Goa.
Menerusi temubual bersama Bombay Times, isteri Milind, Ankita Konwar menyifatkan foto yang dirakamkannya itu bertujuan menyebarkan mesej positif.
"Saya rasa setiap orang patut menghargai diri sendiri dan tenaga di sekelilingnya, jadi orang ramai akan lebih menghargai keberadaan kita.
"Milind sentiasa begini, menjadi dirinya sendiri," tambah Ankita.
Justeru, Milind didakwa di bawah Seksyen 294 (perlakuan kelucahan di tempat awam) dan seksyen 67 Akta Teknologi dan Informasi Indian Penal Code (IPC).
Ia disifatkan perlakuan jenayah dan perbuatan terbabit dengan syarat mestilah menjengkelkan pihak lain.
Mengikut laporan The Indian Express, tertuduh yang didakwa di bawah akta itu berkemungkinan akan berdepan hukuman penjara tiga bulan.
Ini merupakan kali kedua Milind didakwa di bawah pertuduhan sama iaitu melakukan kelucahan melampau.
Pada 1995, Milind bersama seorang model wanita, Madhu Sapre dikecam selepas tampil bogel sambil dililit ular sama dalam sebuah iklan kasut.
Mereka akhirnya bebas selepas 14 tahun perbicaraan.
Beberapa hari sebelum itu, pelakon dan model Poonam Pandey bersama suaminya ditahan selepas menceroboh kawasan milik kerajaan dan merakamkan video kontroversi.
Pasangan itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin.
Sumber: BBC, NDTV, HindustanTimes, The Indian Express
#Bogel #Bogel #Milind Soman #Poonam Pandey
;