Berita

Pelakon Broadway Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bertarung Nyawa Akibat COVID-19

Syafiqah Jalal
06/07/2020
12:54 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Broadway Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bertarung Nyawa Akibat COVID-19
Pelakon Broadway, Nick Cordero disahkan meninggal dunia pada Ahad selepas tiga bulan dirawat akibat jangkitan COVID-19.
"Saya masih tidak percaya. Sukar membayangkan hidup tanpanya," kata isteri Cordero, Amanda Kloots, dalam satu kemas kini di Instagram.
Cordero, 41, mula mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami gejala virus berkenaan pada 30 Mac.
Dia terpaksa diberi bantuan pernafasan dua hari kemudian.
Kloots memaklumkan suaminya tidak mempunyai masalah kesihatan lain namun jangkitan itu menyebabkan Cordero mengalami dua strok kecil dan kejutan septik.
Pelakon yang pernah tercalon dalam Tony Awards itu terpaksa diletakkan dalam keadaan koma dan kaki kanannya dipotong.
CBS News minggu lalu melaporkan Cordero mungkin memerlukan pemindahan paru-paru untuk membolehkannya menjalani hidup normal.
Antara pementasan Broadway yang pernah dibintangi Cordero ialah Waitress, A Bronx Tale dan Bullets Over Broadway.
Dia juga pernah muncul di kaca televisyen, memegang peranan pembantu dalam siri Blue Bloods dan Law & Order: Special Victims Unit, selain turut membintangi filem Going in Style.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar