Bollywood

Pelakon Dangal Bersara Kerana Kehidupan Anak Wayang Rosakkan Hubungan Dengan Allah

Fiza Kamarudin
02/07/2019
02:28 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Dangal Bersara Kerana Kehidupan Anak Wayang Rosakkan Hubungan Dengan Allah
Berasakan kehidupan sebagai anak wayang merosakkan hubungan dengan Allah, pelakon Bollywood, Zaira Wasim umum bersara dari pentas lakonan.
Keputusan tersebut dibuat Zaira selepas lima tahun bergelar pelakon dalam industri perfileman terbesar dunia itu.
Pelakon yang terkenal menerusi filem Dangal itu membuat pengumuman di laman Instagram (IG)nya, dua hari lalu.
Menerusi entri terbaharunya, Zaira mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.
Kata Zaira, kehidupan sebagai anak wayang merosakkan hubungannya dengan Allah sekali gus membuatkan hidupnya tidak teratur.
“Bergelar anak seni telah mengganggu kehidupan saya sebagai seorang Muslim dan bukan mudah untuk menyesuaikan diri serta memenuhi keperluan industri perfileman di sini (India).
"Ia sebuah perjalanan memenatkan, sejak sekian lama jiwa saya sentiasa berkecamuk, hidup ini singkat. Oleh itu, hari ini saya mengambil keputusan secara rasmi untuk bersara dalam arena perfileman," tulisnya.
Tambah pelakon berusia 18 tahun itu lagi, populariti yang diraih langsung tidak menawarkan kegembiraan buatnya.
"Semoga Allah mengurniakan kita hidayah serta petunjuk untuk meredakan setiap keraguan dan kesilapan yang dilakukan selama ini.
“Diharapkan kita saling membantu antara satu sama lain untuk menjadi Muslim sejati. Semoga Allah membersihkan hati kita daripada sifat munafi dan sombong," katanya.
Zaira pernah merangkul Anugerah Pencapaian Luar Biasa bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak untuk lakonannya dalam filem Dangal.
Ketika pengumuman ini dibuat Zaira baru selesai menamatkan pengambaran filem terbarunya The Sky Is Pink yang turut menampilkan pelakon Priyanka Chopra.
Pengumuman persaraan Zaira turut menarik perhatian ulama terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk dan bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah.
Keputusan Zaira turut mendapat perhatian mufti Menk dan Omar yang turut meninggalkan komen serta menyatakan sokongan mereka terhadap aktres muda itu.
Selain itu, para peminat terutama di negeri kelahirannya, Kashmir, memuji tindakan murni yang diambil oleh Zaira.
Bagaimanapun ada netizen dan selebriti yang mengecam keputusan Zaira kerana menggunakan alasan agama untuk bersara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar