Laman Utama
Pelakon Dr Strange, Zara Phythian Dipenjara Kerana Jenayah S*ks Kanak Kanak
Bintang filem Doctor Strange, Zara Phythian dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan jenayah seks terhadap kanak kanak.
Tidak keseorangan, jenayah tersebut dibuat bersama suaminya, Victor Marke yang menerima hukuman penjara lebih lama iaitu 14 tahun kerana perbuatan keji yang turut dilakukan secara sendirian.
Menerusi fakta kes, pasangan tersebut telah melakukan jenayah seks terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.
Marke kemudian didapati melakukan jenayah seks secara berseorangan kepada seorang lagi remaja perempuan berusia 15 tahun.
Hakim dari Nottingham Crown Court juga mengatakan, Marke, 59, adalah pemicu kepada jenayah tersebut.
Phythian kemudian disifatkan juri sebagai: “Walaupun anda menafikan perbuatan keji yang dilakukan sewaktu sesi keterangan, namun bukti kukuh yang didengar tidak boleh menutup penipuan tersebut.
Keduanya kemudian dituduh dengan 14 pertuduhan jenayah seks terhadap kanak kanak dari tahun 2005 sehingga 2008.
Antaranya pasangan tersebut menipu kanak kanak yang dijadikan mangsa jenayah seks dengan merakam aksi jijik itu dengan mengatakan mangsa sebagai gadis bertuah yang telah berjaya lolos dari sebuah pertandingan bersifat martial arts di Amerika Syarikat.