Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pelakon The Flash Belajar Sebut 'Jangan Kacau'

Kamaruddin Razal 16/01/2020 | 16:00 MYT
Bintang siri televisyen, The Flash, Thomas Grant Gustin belajar menyebut perkataan bahasa Melayu, 'Jangan Kacau' dengan isterinya, Andrea Thoma.
Walaupun Gustin, 30, kelihatan sukar untuk menyebut huruf G dalam perkataan 'Jangan', namun pelakon itu terus berusaha menyebutnya dengan nada bergurau bersama isterinya, lapor Astro Awani.
"Satu daripada video kegemaran saya. Cuba mengajar untuk menyebut guruf G, bagaimana menyebut 'jangan kacau' saya dalam bahasa Melayu. Ia selalu buat saya tersenyum," katanya dalam status yang dimuat naik pada video tersebut.
Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram milik Andrea,'lathoma3' itu mendapat lebih 400,000 tontonan.

one of my favorite videos - trying to teach G how to say “don’t mess with me” in Malay ? It always makes me smile :)

A post shared by LA Thoma Gustin (@lathoma3) on

Sementara itu, seorang daripada netizen, 'wonderwomenasia', berkata, "Hahahah! Awak terlupa untuk menambah perkataan Bah! Ia sepatutnya 'Jangan Kacau Bah!," katanya.
Pada Disember 2017, Gustin pernah memberitahu perancangannya untuk membeli hartanah di Malaysia suatu hari nanti.
Gustin dan Andrea, seorang pakar terapi berdarah keturunan Kadazan, namun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat, berkenalan pada awal tahun 2016, sebelum bertunang April lalu.
Sumber: Astro Awani
#The Flash
;