Bollywood
Pelakon Lagenda Bollywood, Rishi Kapoor Meninggal Dunia Selepas Dua Tahun Bertarung Kanser
Pelakon lagenda Bollywood Rishi Kapoor, 67, dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada Khamis.
Rishi yang bertarung dengan penyakit kanser selama dua tahun menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya di sebuah hospital bertenpat di Mumbai.
Berita sedih itu disahkan oleh keluarganya, malah pelakon Amitabh Bachan juga turut memaklumkan perkara itu menerusi Twitternya.
“Dia sudah tiada! Rishi Kapoor... Tiada... Baru sahaja meninggal dunia...” tulisnya.
Dalam pada itu, abang mendiang, pelakon Randhir Kapoor mengesahkan Rishi telah dimasukkan ke hospital sebelum ini.
“Memang benar dia telah ditahan dihospital. Kesihatannya bertambah teruk dan mengalami masalah yang sama, jadi dimasukkan ke hospital,” jelasnya.
Terdahulu, Rishi disahkan menghidap kanser pada tahun 2018 dan menerima rawatan di New York.
Mendiang kemudiannya pulang ke India pada September 2019 selepas kesihatannya berada pada tahap memuaskan.
Bagaimanapun khabar angin mengatakan Rishi dimasukkan ke sebuah hospital di New Delhi pada awal Februari lalu.
Rishi merupakan anak kedua mendiang pelakon Raj Kapoor dan merupakan adik-beradik kepada Randhir, Ritu Nanda, Rima Jain dan Rajeev Kapoor.
Antara filem popular lakonannya adalah Bobby, Amar Akbar Anthony, Laila Majnu, Sargam, Karz, Bol Radha Bold dan banyak lagi.
Manakala projek terakhir yang diumumkan adalah filem remake Hollywood berjudl The Intern bersama Deepika Padukone.
Sumber: Hindustan Times