Laman Utama
Pelakon Nampak Kaki Pucat Menari? Ini Antara Lima Fakta Mengenai Filem Jagat Arwah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Keluar Menonton!
Jagat Arwah merupakan filem seram original pertama daripada rumah produksi Visinema Pictures yang menghuraikan pelbagai elemen misteri budaya dari Indonesia. Diarahkan oleh Rubem Adrian, naskhah unik ini dibintangi oleh Ari Irham, Oka Antara dan Cinta Laura Kiehl.
Mula ditayangkan di Malaysia pada 27 Oktober lalu, jom semak lima fakta menarik mengenai filem Jagat Arwah yang mempertaruhkan jalan cerita dengan Spirit Universei:
Filem yang mengangkat kisah kepercayaan yang dekat pada masyarakat
Cerita tentang Alam Roh, kepercayaan kepada kehidupan selepas mati, ilmu yang diturunkan daripada keturunan keluarga generasi ke generasi adalah perkara yang dekat dengan budaya masyarakat Nusantara. Adakah Batu Jagat ini benar-benar wujud atau ianya urban legend? Tonton dan lihatlah sendiri nanti!
Alami kejadian mistik di lokasi penggambaran
Ari Irham berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila berkunjung ke Kaliangkrik, Magelang yang menjadi lokasi penggambaran bagi filem Jagat Arwah. Ketika itu, Ari sengaja datang awal ke Kaliangkrik dengan tujuan untuk menyesuaikan diri dengan orang sekeliling.
Menurut Ari, salah seorang daripada mereka melihat sepasang kaki pucat sedang menari-nari sambil berjalan-jalan di sekitar kampung.
“Ketika itu saya sedang menjalani penggambaran bagi satu babak di rumah Sukmo (watak yang dilakonkan oleh Kiki Narenda). Pada sesi penggambaran tersebut, saya memandang pada pintu yang mempunyai tirai merah.
“Semua orang dah keluar daripada rumah, tapi tiba-tiba ada pula kelibat kaki yang melintas. Kaki itu seperti menari, berjingkit-jingkit perlahan, sehingga kaki itu masuk ke dalam bilik. Saya pun tak tahu tapi kaki itu kelihatan putih tanpa memakai kasut,” ujar Ari.
Naskhah seram pertama Visinema Pictures
Visinema Pictures yang dibangunkan oleh Angga Dwimas Sasongko telah menghasilkan sejumlah karya-karya hebat ternama seperti Keluarga Cemara, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini, Mencuri Raden Saleh, Filosofi Kopi, dan Terlalu Tampan.
Kali ini, Visinema Pictures menghadirkan Jagat Arwah yang menjadi filem perdana bergenrekan seram. Tidak hanya sekadar sebuah seram biasa, filem ini diberikan sentuhan fantasi dalam setiap alurnya, member sebuah sensasi yang berbeza.
Filem seram dengan nafas baharu
Tema seram masih menjadi kegemaran industri perfileman di Indonesia. Mengangkat tema seram, mistik dan ghaib, filem yang diberi sentuhan fantasi dalam jalan ceritanya ini tampil dengan vibe berbeza. Sehinggakan perkongsian sedutan filem ini di Youtube menerima lebih 1.6 juta tontonan.Lihat penampakan
Penerbit Tersi Eva Ranti telah berkongsi cerita tentang pengalaman kru dan barisan pelakon di lokasi penggambaran Jagat Spirits di Kaliangkrik, Magelang, dan Yogyakarta.
“Beberapa kru dan pelakon telah memberitahu kami bahawa mereka melihat penampakan, tetapi tiada apa yang menghalang proses penggambaran. Semasa penggambaran itu, kami menghabiskan masa selama 20 hari, seperti yang dirancang,” ujar penerbit, Tersi Eva Ranti.
Dalam pada itu, halangan terbesar sepanjang penggambaran selain kru dan barisan pelakon yang mengaku pernah melihat penampakan, suhu di lokasi juga melampau, ditambah dengan hujan lebat.
Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!