Laman Utama

Pelakon Wanita Serang Adik Arwah Benjy, Tuduh Selfish & Evil! Inessa; "Kubur Abang Aku Merah Lagi, Kau Boleh Tanya ..."

Amri Hassan
14/07/2021
00:20 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Wanita Serang Adik Arwah Benjy, Tuduh Selfish & Evil! Inessa; "Kubur Abang Aku Merah Lagi, Kau Boleh Tanya ..."
Adik kepada pelakon Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty terkilan apabila menerima kiriman mesej daripada seorang pelakon wanita yang melemparkan tuduhan terhadap keluarganya.
Dakwa Inessa, individu berkenaan menghantar mesej menerusi akaun Instagramnya dengan mempertikaikan tindakannya sekeluarga yang seolah-olah tidak mengendahkan arwah sepanjang di penjara.
"How can you say you love your brother yet he had to seek others help for medical bills? Pakaian arwah tak tukar dua tahun.
"Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang sakit dalam penjara. Saya sedih, sedih amat sangat, terkilan tak dapat bantu arwah... Too bad he didn't reach to me, or i would make sure he finishes his sentence and back to Malaysia to do us proud. He is one of best actor ever.
"If your mother knew this, she would feel so damn sad. Tak malu ke tak ada hati perut ke NO humanity ke sampai abang nak bayar medical bills RM500 saja tak mahu tolong? Selfish.. Evil," tulisnya.
Terkesan dengan tuduhan berkenaan, Inessa memaklumkan dia sendiri berhempas pulas untuk membantu meringankan beban arwah abangnya termasuk menyara keluarganya.
"Saya tak pasti akaun ini betul atau palsu. Aku tak habis menangis lagi, tanah kubur abang aku masih merah lagi, kau boleh tanya aku benda-benda macam ni? Kau cari pasal!
"Aku tengah kerja, dapat your message, mula nak ignore. But you dragged my sister and my mom into this? Kau cari pasal.
"Kat profile tulis takziah la you’re my idol la apa bagai, pastu to me, tergamak tulis camtu.
"Kau tahu ke berapa banyak kakak aku kasi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu ke how kakak aku juggled 3-5, sometimes SEVEN jobs at one time (!!!) sampai masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja, sebab dia bagai NAK MATI cari duit nak hantar kat abang aku? Kau tahu ke berapa kali kakak aku NAK BUNUH DIRI sebab tak tahan ngan pressure jaga abang aku?
"Kau tahu ke bapak aku dah sakit empat tahun, aku jaga dia sorang!? Kau tahu ke bapak aku sendiri hampir mati 5 kali dah dalam 4 tahun ni, aku kena handle sorang? Selain suami aku ngan kakak aku, AKU HANDLE SORANG!
"Kau tahu ke berapa RIBU aku belanja tiap-tiap bulan nak jaga bapak aku? Aku tak pernah mintak tolong sapa-sapa pun," tulisnya.
Dalam pada itu, Inessa mendedahkan dia pernah beberapa kali menangguhkan majlis perkahwinannya ekoran masalah kewangan.
"Kau tahu ke berapa kali aku dah plan nak kahwin, aku kena batalkan? Berapa banyak duit aku dah simpan nak kahwin pastu kena habis belanja sebab nak tolong mak aku, pastu tolong abang aku, pastu tolong bapak aku. Bukan sekali dua kali, ok?
"SEMBILAN TAHUN aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan last-last aku kahwin buat nikah COVID-19 je tahun lepas?" dedahnya.
Malah, kata Inessa, dia dan suami pernah berusaha untuk memulihkan kesihatan arwah Benjy sebelum dipenjarakan sekitar lima tahun lalu.
"Kau tahu ke abang aku pernah nak mamp*s dah masa dia masih kat KL and aku ngan suami aku yang tolong sihatkan dia semula sampai dia boleh hidup normal balik?
"Kau tahu ke berapa kali aku nangis mintak ampun ngan abang aku sebab aku tak mampu nak tolong lebih?
"Kau tahu ke berapa kali ABANG AKU yang mintak ampun ngan aku for everything that has happened? YOU DON’T KNOW SH*T!
"'If your mother knew this?' Trust me, if my mother saw your messages, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah!" tegasnya.
Arwah Benjy, 43, telah meninggal dunia akibat penyakit asma pada Ahad di Hospital Besar Royal Prima, Medan, Indonesia.
Arwah menghidap penyakit asma yang kronik sejak beberapa tahun lalu selain mengalami masalah berkaitan paru-paru.
Untuk rekod, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.
Anak sulung pelakon Allahyarham Azean Idrawaty itu disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya.
18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.
Kredit: Instagram Inessa Irdayanty
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar